Sabtu, 05 April 2008

Kategori Hadiah

Pingat Kategori Ciri-ciri
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Fizik Dianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada "individu yang telah membuat penemuan atau rekaan yang paling penting dalam bidang fizik".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Kimia Dianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada "individu yang telah membuat penemuan atau pembaikan kimia yang paling penting".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan Dianugerahkan oleh Karolinska Institutet kepada "individu yang telah membuat penemuan yang paling penting dalam bidang fisiologi atau perubatan".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan Dianugerahkan oleh Akademi Sweden kepada "individu yang telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cermelang dalam bidang kesusasteraan".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Keamanan Nobel Dianugerahkan oleh Jawatankuasa Nobel Norway kepada "individu yang telah membuat kerja yang paling banyak atau paling baik untuk persaudaraan antara negara, penghapusan atau pengurangan tentera tetap, ataupun mengadakan dan mempromosikan kongres-kongres keamanan".


Hadiah Peringatan Nobel

Pingat Kategori Ciri-ciri
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi Juga dikenali sebagai Hadiah Bank Sweden dalam Sains Ekonomi untuk Peringatan Alfred Nobel, hadiah ini dimulakan pada tahun 1969 oleh Sveriges Riksbank (Bank Sweden). Walaupun hadiah ini dianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden pada waktu yang sama dengan Hadiah-hadiah Nobel – dan menyebabkan banyak orang dan pengulas menganggapnya sebagai satu "Hadiah Nobel" – berdasarkan alasan-alasan teknik, hadiah ini bukannya sebuah hadiah Nobel kerana hadiah ini tidak diwasiat oleh Alfred Nobel atau dibiayai oleh pusakanya.

Tidak ada komentar:

Iklan

Advertising