Sabtu, 05 April 2008

Proses Pencalonan dan Pemilihan

Berbanding dengan sesetengah hadiah yang lain, pencalonan dan pemilihan Hadiah Nobel agak memakan masa dan dikawal ketat. Inilah satu sebab yang penting Hadiah-hadiah menjadi semakin penting dan berprestij sejak bertahun-tahun sehingga menjadi hadiah-hadiah terpenting dalam bidang masing-masing.

Borang-borang yang berbentuk undangan peribadi dan eksklusif, dihantar kepada lebih kurang 3000 individu terpilih untuk menjemput mereka untuk mengemukakan pencalonan. Contohnya, Yayasan Nobel menyatakan bahawa bagi Hadiah Keamanan, pihak-pihak berikut boleh mengemukakan pencalonan:

  • Ahli-ahli perhimpunan kebangsaan dan kerajaan negeri
  • Ahli-ahli mahkamah antarabangsa
  • Rektor universiti
  • Profesor-profesor sains sosial, sejarah, falsafah, undang-undang dan teologi
  • Pengarah-pengarah institut penyelidikan keamanan dan institut dasar luar negeri
  • Persons who have been awarded the Nobel Peace Prize
  • Board members of organisations who have been awarded the Nobel Peace Prize
  • Ahli-ahli aktif dan bekas ahli Suruhanjaya Nobel Norway
  • Bekas penasihat yang dilantik oleh Institut Nobel Norway

Syarat-syarat yang serupa dikenakan untuk hadiah-hadiah lain.

Tarikh akhir penyerahan pencalonan dikuatkuasa dengan ketatnya pada 31 Januari.[4] Pencalonan diri ditarik balik kelayakan secara automatik dan hanya orang yang masih hidup layak untuk menerima Hadiah Nobel.

Tidak sama dengan anugerah-anugerah lain, calon-calon Hadiah Nobel tidak diumumkan kepada orang awam, dan tidak sepatutnya diberitahu bahawa mereka sedang dipertimbangkan untuk hadiah langsung. Catatan-catatan ini disimpan selama 50 tahun.

Setelah tarikh akhir pencalonan berlalu, satu Jawatankuasa menyusun dan menapis semua pencalonan sehingga terhasilnya satu senarai yang mengandungi kira-kira 200 calon awal. Senarai ini dihantar ke pakar-pakar terpilih dalam bidang kerja setiap calon dan, selepas itu, senarai dikurangkan lagi kepada kira-kira 15 calon muktamad. Jawatankuasa ini kemudiannya menulis satu laporan yang mengandungi cadangan lalu menghantarnya ke Akademi atau mana-mana institusi serupa yang lain, bergantung kepada Hadiah. Sebagai contoh mengenai saiz insitut, Perhimpunan untuk Hadiah Perubatan mempunyai 50 orang ahli. Ahli-ahli institusi ini bersidang dan mengundi untuk memilih pemenangnya.

Proses ini menampakkan sedikit perbezaan antara bidang-bidang berlainan. Contohnya, Hadiah Sastera jarang dikurniakan kepada rakan usaha sama tetapi hadiah-hadiah lain sering membabitkan pelbagai nama.

Larangan pencalonan selepas mati

Pencalonan anumerta (selepas mati) untuk Hadiah tidak dibenarkan sama sekali. Hal ini kadang-kala mencetuskan kritikan bahawa pihak yang patut meraih Hadiah Nobel tidak dapat menerimanya kerana mereka meninggal sebelum dapat dicalonkan. Telah berlakunya dua kali yang mana Hadiah dikurniakan secara anumerta kepada tokoh yang masih hidup ketika masih hidup, iaitu Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld (1961, Hadiah Keamanan) dan Erik Axel Karlfeldt (1931, Hadiah Sastera) — kedua-dua mereka dikurniakan Hadiah pada tahun kematian masing-masing.

Sejak tahun 1974, penerimaan anugerah tidak dibenarkan untuk tokoh yang sudah meninggal dunia. William Vickrey (1996, Ekonomi) meninggal sebelum sempat menerima hadiah beliau, tetapi selepas namanya diumumkan.

Tidak ada komentar:

Iklan

Advertising