Sabtu, 05 April 2008

Wasiat Nobel


Hadiah-hadiah ini diperkenalkan oleh wasiat terakhir Alfred Nobel, seorang ahli kimia, usahawan, dan pencipta dinamit bernangsa Sweden. Alfred Nobel pernah menulis beberapa wasiat ketika hidup, yang tewrakhir ditulis pada 27 November 1895—sedikit lebih setahun sebelum kematiannya. Beliau menandatangannya di Kelab Sweden-Norway di Paris pada 27 November 1895. Hasil kerja Nobel secara langsung melibatkan perekaan bahan letupan, dan beliau menjadi kurang senang hati dengan penggunaan ciptaannya oleh pihak tentera. Adalah dikatakan bahawa kerimasan ini sedikit sebanyak didorong oleh pembacaan obituari pramasa dirinya yang tersilap disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis ketika kematian abang Nobel iaitu Ludvig, dan mengecam Alfred sebagai "saudagar maut." Maka dalam wasiatnya, Alfred meninggalkan 94% hartanya kepada penubuhan lima Hadiah:

Keseluruhan estet saya yang boleh direalisasi yang tinggal patut diuruskan dengan cara ini:

Modal akan dilabur oleh wasi saya dalam sekuriti-sekuriti yang selamat dan terdiri daripada satu dana, yang faedah yang dikenakan padanya akan diagihkan setiap tahun dalam bentuk hadiah-hadiah kepada sesiapa yang, sepanjang tahun yang berlalu, akan dikurniakan amal yang terhebat pernah diberi kepada manusia. Faedah itu akan dibahagi kepada lima bahagian sama rata, yang akan diperuntukkan seperti berikut: sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan penemuan atau penciptaan terpening dalam bidang fizik; sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan penemuan atau pemajuan kimia terpenting; sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan penemuan terpenting dalam bidang fisiologi atau perubatan; sebahagian kepada tokoh yang akan menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang sastera; dan sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan kerja terbanyak atau terbaik demi persaudaraan antara bangsa, untuk pembubaran atau pengurangan tentera-tentera yang masih ada dan untuk menganjuran dan promosi kongres keamanan.

Hadiah-hadiah untuk fizik dan kimia akan dianugerahkan oleh Akademi Sains Sweden; hadiah untuk kerja fisiologi dan perubatan oleh Institut Caroline di Stockholm; hadiah untuk sastera oleh Akademi di Stockholm; dan hadiah untuk pejuang keamanan oleh satu jawatankuasa lima ahli untuk dilantik oleh Storting Norway. Adalah hasrat saya yang nyata bahawa ketika menganugerahkan hadiah-hadiah berkenaan kewarganegaraan para calon tidak dipertimbangkan langsung, agar yang paling sewajarnya akan menerima hadiah, sama ada dia itu orang Scandinavia atau tidak.

Sungguhpun wasiat Nobel berjaya menubuhkan hadiah-hadiah ini, namun rancangan beliau belum selesai. Maka, oleh sebab adanya halangan lain, setelah lima tahun berlalu barulah Yayasan Nobel dapat ditubuhkan dan hadiah-hadiah pertamanya dianugerahkan pada 10 Disember 1901.

Tidak ada komentar:

Iklan

Advertising